Friday, May 4, 2012

3 WAJAH.... PANDANG SAHAJA DAPAT PAHALA.... INSYAALLAH...


Pertama : Wajah Ibu


Ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Dari rahimnya kita dilahirkan. Dari air susunya kita dibesarkan. Insan yang tidak rasa jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih anak-anak. Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya. Besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu.. Lantaran itu Allah memasukkan satu surah dalam Al-Quran yang di namakan Surah An-Nisa (Surah Perempuan). Kerana itu juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah diberikan ganjaran pahala. (Balik rumah tengok wajah ibu tau..)


Kedua : Al-Quran


Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya. Kenapa kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati kita. Hati yang gelap, pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya. Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat nescaya hidup kita akan di berkati


Ketiga : Memandang Kaabah


Di Makkah Al-Mukarramah Jamaah dari India Pakistan, Indonesia suka bersolat dan duduk diluar Masjidil Haram dikawasan lapang. Malangnya banyak jamaah haji Malaysia turut sama kononnya di dalam Masjid dah penuh atau senang nak balik hotel bila selesai solat kerana tak perlu bersesak-sesak. Malang sungguh... sedangkan inilah peluang seumur hidup untuk memandang Baitullah. Sesiapa yang memandang
Baitullah (kaabah) InsyAllah akan mendapat pahala. Berusahalah untuk duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak zaman nabi Ibrahim lagi.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...