Wednesday, January 25, 2012

KURMA AJWA


Diceritakan pada suatu hari Rasulullah SAW sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa, satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah SAW sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah SWT supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa. Lalu Allah SWT yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah SAW berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah SAW. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ini membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklum kan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : "Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar Ajwa dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."

Saidina Ali r.a. meriwayatkan : "Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya."

Riwayat daripada Muhammad b Ali al Husayn bermaksud : "Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (al-samm)."

Hadis Rasulullah SAW : "Berilah makan buah kurma kepada ister-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."



Saturday, January 14, 2012

KEKASIH - DEVOTEES




Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu


Monday, January 9, 2012

BUNGKUS @ TUTUP

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.


VS



Maka pilihlah TUTUP.... :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...