Friday, February 24, 2012

SEGALA NYA BARU SAHAJA BERMULA.....



lame betul tak mencoret di sini...... almaklum la... baru memulakan kehidupan yang baru...... kehidupan berumah tangga???? oh tidakkkk...... kehidupan tu, lmbt lagi rase nye....huhuhu...... kehidupan baru skang ialah kehidupan di alam pekerjaan....... alhamdulillah, dah sebulan aku memulakan tugas di sini..... di mana tu..... biar lah rahsia..... :-)

persekitaran di sini ok.....orang-orang nye sume sporting n bley la dibuat geng....... tp..... dlm pd tu...... ade gak la kan..... paham2 sndri je la..... almaklum la.... manusia.... mane de yg sempurna...... alhamdulillah..... segala kesulitan yang pada awal nya aku alami dahulu, kini makin berkurang dan telah diselesaikan..... tapi aku tau.... aku sedar...... setiap kehidupan tidak akan dapat lari dari masalah...... itu lah dinamakan kehidupan....... cuma, masalah skang...... gaji nye tak tau ape cer lg nie..... adoy....... makin byk tanggungan aku skang nie........



ya Allah... permudah kan lah segala urusan ku...... ya Allah.....jauh kan lah aku dari org2 yg bsifat dengki, iri hati......jauh kan lah aku dari mereka yg cuba mejatuhkan ku......aku hanya menjalankan tanggungjawab ku dengan seberapa daya upaya ku....membuat ape yg tmampu......kuat kan dan tabah kan lah hati ku menjalani kehidupan yang tidak ku tahu pengakhirannya ini......amin~~~~~ segala nya baru sahaja bermula........ (korang nk ckp pe pn ckp la.....aku dh lali....dh biase pekak kan telinga.....do i care?????)


Sunday, February 19, 2012

CANTIK BUKAN SEGALA-GALANYA.......



~~~~~~~~~ Buat rakan2 ku....bce lah artikel nie di kala anda dikata, dicaci atau dikeji oleh org2 lain mengenai fizikal anda....terutama kaum adam......sbb, past je aku bce artikel ni, aku dpt blk semangat n keyakinan aku walaupun ape org len nk ckp psl aku.....bak kate mama, "Walau cm mane buruk sekali pn yaya, yaya masih satu-satunya anak perempuan mama yg mama sayang........" :-). ~~~~~~~~~~


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.


Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.


Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!


~~~~~~~DIAMBIL DARI iluvislam.com~~~~~~~~~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...