Tuesday, March 2, 2010

KATA-KATA PERANGSANG

* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan dan yang mana satu kawan.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama.
* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.
* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah. * Imaginasi menguasai dunia. * Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai. * Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya. * Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu. * Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas. * Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia. * Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.
* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar
* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki
* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah
* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup
* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan
* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda
* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.
* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini
* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia
* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri
* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar
* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar
* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang
* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati
* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...