Wednesday, November 28, 2012

KENANGAN ITU DATANG MENGHANTUI....

kenangan itu
datang menerjah kembali ke dalam kotak fikiran ku
hanya kenangan itu
bermain-main di kotak ingatanku

mengapa harus kenangan itu yang kembali menghantui ku kini
mengapa kenangan itu yang berputar kembali??
mengapa ini yang harus ku lalui sekali lagi??
mengapa ya Allah...mengapa...

mengapa Kau uji lagi aku begini
ujian yang maha berat Ya Allah..
hati kecil ku tidak mampu menanggungnya
aku tidak sekuat ini ya Allah

aku tidak mahu rasa ini kembali
cukuplah sekali
aku merasainya dulu
cukup la dulu aku jatuh
baru kini ku ingin bangun semula
namun Kau uji aku lagi dengan ujian yang sama

aku tidak mahu merosakkan apa yang telah sedia baik terbina
aku tidak mahu menjadi api yang membakar segala-galanya
aku tidak mahu menjadi air yang bisa menjadikan laut tenang jadi bergelora!!!!
aku tidak mahu, ya Allah......

cukup sekali Kau uji aku sebegitu rupa
jangan Kau uji aku lagi dengan ujian yang sama
aku sudah tidak kuat untuk menempuhnya lagi
pelbagai rasa dalam jiwa bersatu
kerana ku tahu akhirannya nanti
akan menjadikan aku lebih kecewa dan terseksa
aku tak mampu....aku lemah....
aku tidak ingin air mata ini mengalir lagi atas rasa hati ini
aku memohon ya Allah....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...